Wednesday 27 March 2024

Roti canai kayu arang, Bachang Melaka .Tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu


9 March 2024  Sabtu  Sambungan  dari cerita   kat  SINI .   Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu  Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya jugak sampai ngan selamat. Syukur  Alhamdulillah ,  Parking senang. Ada banyak space dan boleh parking dekat tepi jalan utama. Menantu parking berdekatan dengan  kedai cenderamata dan kraftangan. Sementara menunggu  dorang beratur ambik nombor, makcik singgah jap kedai kraftangan, belek2 handbag . Dah belek2 , makcik letak balik dan keluar . Kalau ikut  kehendak ,  memang nak beli. Sekarang ni makcik cuba belajar membeli ikut keperluan.    


Kedai cenderahati dan kraftangan 



Rambang mata makcik tengok handbag


Datang sini terus beratur di kaunter, jgn ambik tempat dulu sebab kaunter yg akan bagi nombor meja lepas order.




Kedai sempoi .Banyak vendor berbeza kat tempat ni macam satay, ayam gunting, nasi lemak, roti kukus  dan makanan lelain. Lain kali nak datang lagi. nak cuba menu kat vendor   lain plak




Meriah ramai org .Beratur lama sikit tapi makanan cepat sampai. Masa gi sini , perut  masih kenyang jadi masih lagi boleh bertenang tengok org ramai beratur 




Dalam  sehari berapa banyaklah kayu arang dia habiskan???


Roti canai betul2 dimasak mengunakan  kayu arang selalu guna gas



Rasa roti canai tau kan   roti canai.ha ha ha. Setiap orang punya citarasa dan pandangan berbeza jadi mari kita raikan perbezaan itu.  Makcik suka roti canai dia garing, tak berminyak , ada aroma asap dan arang.   



Harap maaf, gambar caca marba. Menantu tukang order. Dia order  roti canai  kosong, roti telur , roti sarang burung ayam ngan makanan tuk budak tecit.





Korang kalau datang sini jgn lupa order  roti canai sarang burung dia semua sedap







Kedai Roti Canai Kayu Arang
459, Kampung Bakar Batu
75350 Bachang
Melaka



 
























 



Friday 15 March 2024

Atlantic Nyonya Restaurant -Authenthic nyonya cuisine- Percutian santai2 2 hari 1 malam di Melaka

 9 March 2024 Sabtu.  Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan  anak,  menantu, besan dan cucu.  Gerak dari bangi dalam kul 8  pagi.  Sampai RNR Nilai , rasanya Nilai, makcik lupa. Faktor usia kot. Singgah sekejap, isi perut . Makcik  makan  nasi  lemak ngan Nescafe panas.  Tak sedar diri minum manis. ha ha ha   Dalam kul 11.45 sampai Melaka kat area kedai roti canai arang , Cik yuyi terus call kedai roti canai kayu arang tanya   bukak lagi ke tak. Rezeki kitaorang, kedai bukak lagi . Ekceli  kedai tu  tutup kul 12. Gambar makan2  kat roti canai kayu arang tak tahu kat saper.Kalau jumpa  makcik update pasal kedai roti canai arang tu ya.

Lepas  makan roti canai kayu arang, menantu terus  shoot ke double tree Melaka , check in. Berehat jap solat, dalam kul 3.30 kuar makan kat  Atlantic nyonya restoran.




Posing mak2


Atlantic Nyonya restoran ada 3 cawangan  kat  Melaka 


Tengok dekorasi  restoran,  kat dinding dia lekat  dulang dulu2  , tiber teringat dulang arwah mak,  tak tahu gi mana dulang tu sekarang. Dulu time kenduri tak yah pinjam jiran guna dulang sendiri.


Buku menu makanan

Cik yuyi cakap lepas ni boleh repeat Melaka 2 hari 1 malam. Cukuplah wat ghaso2. Gi lama2 bosan



Menu untuk 8 orang makan termasuk 2 org budak  tecit  ,  telur dadar, sambal sotong petai, cili padi petai ikan bilis, cencaluk, sambal belacan, acar nyonya, Jenahak nyonya asam, Lorbak, Ayam pong teh, Salad hijau goreng




Jenahak  nyonya asam ok lah cuma cair sikit



Ayam pongteh untuk budak  tecit




Salad hijau goreng




Special pineapple rice, makan camtu je  pun sedap 




Acar nyonya, masam sikit



Lorbak dia sedap


Asam udang dengan nenas, sesuai selera.Sedap


Nyonya cendol tuk cik yuyi , ada durian , untuk besan yg besha







Atlantic Nyonya Melaka Raya
100, Jalan Merdeka
Taman Merdeka Jaya
75000 Melaka



Tuesday 12 March 2024

Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap

 7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali  makan kat kedai tomyam asyiklah  dapat daging  keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.



Daging masak merah ala thai 



sos tuk masak daging masak merah ala thai



Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai




Makcik beli daging  Aus chuck block kat AEON  , Insyaallah lembut. Rebus daging  selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai  bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging



Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas  tu hiris daging nipis


Goreng daging seminit lepas tu angkat


Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu



Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya








Monday 11 March 2024

Selamat berpuasa bulan Ramadhan 2024

 11 March 2024. Esok 1 Ramadhan 2024. Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga Allah SWT memberikan  kekuatan dan ketabahan  kepada kita dalam menjalankan ibadah puasa.



Tulang lembu, ayam, udang & ikan cencaru


Dalam peti ais makcik,  dah takde stok bahan2 basah. Jadi pagi tadi lepas sarapan, daus  bawak makcik gi kedai acheh beli barang basah. Makcik beli sekali lauk pauk tuk makan tengahari .Balik umah tinggal masak nasi je.

Pengikut Tegar : )