Tarikh : 25/4/2013, Khamis
Lokasi : Jalan Pelabuhan Barat.Dalam perjalanan
ketempat kerja dalam kereta Gyomi Mikito
Peristiwa : Karma
Aku
(sambil mengunyah kuih dadar) : gyomi ,
masa sekolah rendah dulu ko dapat tak RMT?
Gyomi(tertawa
kecil sehingga menampak lesung pipit) : dapat
Maafkan
gyomi , dia memang tak banyak cakap, orang tanya sepatah dia jawab sepatah.
Aku
: bestnya , akak teringin nak dapat RMT tapi
tak pernah dapat.Ko start dapat RMT dari darjah berapa?
Gyomi
tertawa kecil: dari darjah 3 sampai
darjah 6.
Aku
: masa sekolah rendah dulu akak
susah(bajet macam sekarang ni kaya sangat) jarang bawak duit belanja pergi
sekolah. Tak sampai hati nak minta mak duit belanja sekolah. Berapa mak bagi akak ambik dengan senang hati. Masa dulu 20sen sangat
bernilai buat akak. Tapi apa yang akak tak puas hati sangat tu, kenapa akak tak
dapat RMT, sedangkan budak noresah yang
bapanya kerja gomen, rakan sekelas merangkap rakan sepermainan akak dapat RMT dari
darjah 1 sampai darjah 6. Bila akak tanya macam mana dia boleh dapat dapat RMT,
dia cakap mungkin sebab muka dia comot
macam tak mandi, pinafor tak bertali pinggang , rambut serabai. Gyomi , ko
dapat RMT sebab rambut serabai ke?
Gyomi:
he he he, ye lah kak , kebanyakkan budak
yang dapat RMT macam tu.
Aku
: tak de maknanya , akak pun serabai
gak, pinafor akak paling lusuh diantara yang lusuh,dah puas buat
muka kasihan , tak dapat gak RMT.
Gyomi : he he he he
gelak, gelak, gelak itu jelah yang dia tahu
Aku
: dulu waktu sekolah ,masa rehat, akak jarang
dapat makan nasi
lemak ngan mee goring. Ko tahu gyomi ,mee goring basah yang nampak bodoh cuma
ada taugeh ngan sedikit kicap yang budak RMT selalu makan tu mampu buat air liur akak meleleh. Kasihan, nampak sangat dulu akak kebulur. Ha ha
ha ha
Gyomi
: samalah ngan saya kak ,
pantang kalau ada budak RMT tak datang
, mesti saya volunteer nak ganti.he he
he he
Aku
: akak tetap tak puas hati ngan budak yang bernama Noresah yang dapat RMT tuuuuuuuuuuuuuuuuu
Tetiba aku terdengar
satu dentuman kuat , satu objek kecil menghentam cermin kereta gyomi lalu tembus dan terpelanting
kearah tempat duduk belakang. MasyaAllah objek kecil tadi nyaris hinggap di pipi kiriku. “Masa
mengumpat tak ingat Allah”,, aku kata dalam hati.
Lepas
beli makanan kat Karabena, gyomi menyambung perjalanan ke tempat kerja
Dalam
kereta dalam perjalanan ke tempat kerja
Gyomi
: akak, mak saya cakap kalau boleh dalam
parlimen….
Tetiba
satu dentuman kecil kedengaran dari
belakang kereta…………….
kami saling berpandangan dan terus ketawa terbahak-bahak
Aku
malas nak cakap banyak, the moral of the story, aku syak ada orang yang tak
suka kami mengumpat gomen @ kerajaan , tu
sebabnya macam –macam bunyi dentuman yang kedengaran semasa sesi mengumpat
tadi. Alah tu cuma andaian bodoh dan persepsi sempit aku je, hakikat sebenarnya, aku sedang berkira-kira
samada nak ambik RM1,200 atau WIFI percuma seluruh Bandar.larikkkkkkkkkkkkkkkk
Gyomi Mikito tetap bertabah , biarpun
Datuk Rahim tidak dicalonkan dalam Pilihanraya umum ke 13, biarpun cermin hadapan keretanya retak.
Inikah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .